Wednesday, September 23, 2009

Saturday, September 12, 2009

~BaHaN Dia MeLePaS SePi~

Suatu kejanggalan yang menyentuh kotak hati
rasa dalam tiada rasa
cuba untuk menafikan keberadaan si dia
cuba membuang jauh-jauh namun ia tetap di situ
masih membisik-bisik kalimah yg tak rela didengar
pelik dan asing sekali rasa yang satu ini
walaupun minda cuba menolak bait-bait puisi sumpahannya
hati tetap cuba mempertahankan lunaknya bahasa lontaran maya
bagaimana harus aku kutip dan lempar rasa luar biasa ini

Aku tak berdaya melawan fitrah wanita
rasa ingin disayangi dan menyayangi
rasa ingin dicintai dengan penuh luhur dan murni
mahu terus berada dalam pelukan yang nyaman dan tenang
lena dalam ulitan senyuman manis penuh rasa
bangun dengan melihat mentari yang cemerlang
berjalan diatas hamparan kasih yang ikhlas dan suci

Kemudian aku cuba melarik mimpi indah
bersama si dia yang sering mengganggu jiwa
tapi akhirnya aku sendiri mahu beralah
takut apa yg aku mimpikan hanya mimpi semata
tak bisa digenggam didunia nyata
takut rebah dan tersungkur di bumi ciptaanku sendiri
sedang aku sedar semua itu tak mungkin lagi aku kecapi
setelah aku hanya bahan untuk dia melepas sepi

Wednesday, September 2, 2009

LuaHaN HaTi!!~

Luah tak bererti memaafkan
luah yang satu pendam seribu
mudah menyata sayang sukar menzahir dalam tindakan
makin diungkai makin tersimpul
makin cuba melupakan makin parah meruntun kalbu

Jawab pada persoalan yang tidak jelas
jawapannya masih kabur dan penuh tanda tanya
dalam hati bagai sekam yang membakar
hangus tapi tidak zahir
hancur dan penuh luka di sana sini
berkecai dan bertaburan

Bersuara tidak pada sesiapa
berbisik hanya hati yg menjadi saksi
tertawa tiada rasa
bersedih tak siapa peduli