Thursday, November 20, 2008

Tak Akan Berpaling Lagi


Yang dekat dah semakin menjauh,
Yang jauh semakin dekat,
Yang serasi semakin renggang,
Yang renggang tak mahu padam,
Terasing tanpa terpisah,

Bersatu dalam terpaksa.
Bisik dalam laungan,
Jerit tanpa pedoman,
Rindu yang tak terluah,
Calar dalam dendam,
Yang paling tulus dan ikhlas,

Pilu tak kenal batas dan ruang,
Tersungkur di rimba keterasingan,
Terpalit luka tanpa penawar,
Tak terjangkau terjamnya lurah ingatan,
Semakin merangkak semakin payah,
Semakin berlari tersungkur rebah,



Yakin bukan lagi persoalan,
Pasrah bukan lagi jawapan,
Yang nyata hanya titisan keringat,
Bersulam jernihnya air mata,

Gugurnya helaian kelopak mawar,
Bukan lagi petanda,
Runtuhnya tembok besar cina,
Bukan juga petanda,
Lenyapnya kesetiaan,

Tapi kembang mawar ini,
Masih utuh harumnya,
Masih berbisa durinya,
Jangan cuba dicabar keampuhannya,
Jangan cuba dicalar kesuciannya,

Tak akan berpaling lagi,
Maju terus dan bergerak berani,
Tanpa gentar tanpa walang,Tanpa ada dendam yang membara…

No comments: