Sunday, August 30, 2009

ADa DaLaM TiaDa!!~

Ada yang dekat tapi terasa jauh
ada di samping tapi terus merindu
ada tempat bersandar namun masih rebah
ada rimbunan teduh namun tetap berbahang
ada kuntum mewangi namun masih tajam berduri

Ada dalam tiada
ada dan tiada bagai rentak yang sama
ada yang nyata tapi tak bisa tersentuh
ada dalam sedar sebuah khayalan atau mimpi
ada dalam keterasingan yang sukar menyatu
ada diceruk hati yang luka terhiris
ada terpalit darah yang bernanah
ada membusung yang sukar terluah

KaLaU MaTa MaSiH BeLuM MaHu LeNa!!~

Kalau mata masih belum mahu lena
apa salahnya jemari berkarya
mengungkap luahan dari lubuk hati
berceritera tentang sebuah perasaan
yang sukar untuk mentafsir pengertian

Kalau jemari sudah penat menari
apa salah hati berbisik
cuba menzahir perasaan keliru dan pilu
mencari pengertian hakikat sebuah kebahagiaan
selama ini hanya mendengar cerita
selama ini asyik menonton drama
lelah cemburu pada suasana

Mereka tersenyum
ah...
aku juga bisa
lebih dari itu pun aku bisa
tapi kenyataannya
aduh...
sukar benar melarik rasa mekar berbunga

Friday, August 21, 2009

Dia Mai Dah!!~

Alhamdulillah...
akhirnya yg Duri nanti2kan dah pon menjelma
hadir disaat Duri betul2 menantikannya
Duri betul2 xsangke dpt mengecapi sekali lagi detik2 indah ni
Allah tu Maha Mendengar rintihan dan doa dari hamba-Nya
moga Duri mampu jd hamba-Nya yg tahu bersyukur dgn nikmat-Nya
doakan kebahagiaan kami ye kawan2

Sunday, March 15, 2009

16 Dec 2008

16 Dec 2008,
tu la tarikh terakhir duri on blog ni
dan sejak hari tu...sampai ari ni..baru la duri rase ade keinginan utk on balik blog ni
mesti semua tertanya2 mane duri hilang
kat sini xde
kat ym xde
kat mirc pon xde
thanx la kpd semua yg amik berat
thanx 2x utk yg kol dan sms tanye kabar...
actually duri xke mane2 pon
duri sihat alhamdulillah...
cuma sejak bukak kolah ni..byk betul keje nk buat
thn ni duri pgg byk port folio
so byk bende nk kene settle
ni pon baru lepas emailkan minit mesyuarat PIBG kat seme ajk
mmg rase penat sgt
tp xpe...dah keje
buat je la
selain s/u PIBG duri pon pegang rumah sukan...rumah Kinabalu
pastu jd guru penasihat Pandu Puteri
asek kursus jew...
Jumaat ni ade lagi kursus jurulatih kesedaran AIDS kat Grand Continental KL
turun KL la nmpknye Jumaat ni
sabtu depan lak diorg ajak join gath kat PD
Insyaallah erk kwn2
kalo x bz duri join
ok
salam dulu sampai setakat ni
byeeee...

Tuesday, December 16, 2008

~HuJaN~

Hujan hadirmu dicemburui mentari yg sedang menyinar kerana bumi kekeringan.
Mentari kau rajuk kerana hadirnya hujan membasah bumi…
Bumi kau rela hamparanmu ditakluk oleh hujan dan mentari kerana itu sudah takdirnya…
Hujan kau terus menyimbah hingga mentari ditutupi awan hitam.
Mentari maafkan hujan kerana kasih sayangnya pada bumi…
Bumi kau dan hujan sedang berirama kini,melepaskan rindu dendam kasih dan sayang…
Sedangkan mentari jauh dibalik awan berkecil hati…

Saturday, December 13, 2008

~YG diNamEKaN LeLaKi~

duri betul2 xphm ngan lelaki..they claim they love us..but they never prove it..not even show it..dgn ape yg jadi baru2 ni..perspektif duri terhadap insan yg bernama lelaki semakin negatif..bukan nak menyonsang arus..tp duri rase lelaki semakin x adil dan perempuan dijadikan bahan ketidak adilan mereka..perempuan mengalirkan airmata kecewa..lelaki pulak hanya ketawa..kalo ade airmate pon..cuma air mate buaya..hurmmmm macam mane la nk hadapi kaum yg x taw hargai keistimewaan kaum wanita ni..

Friday, December 12, 2008

HoLiDaY SaKaN!!~


dah seminggu duri kat kampung..raye sakan gak la..tiap2 ari pi tgk TeRaTaK CiNTa kat s.petani..pi tanam munge..kemas sket2..pasang letrik..beshhhhh..sblm balik kg duri pi langkawi..mmg besh..besh jln2 ngan besh shoping..pantai kat langkawi mmg cantik..naik kete kabel..pi makan mahsuri..1st time la dgr citer sbnr pasal mahsuri..kagum tul ngan lagenda negara tu..smpt gak jumpe eton..jln2 cari mkn ngan de..de ok sgt..spoting..cume xsmpt jumpe jai..sbb anak de demam..sblm balik sempat la pi beli coklat..pggan mangkuk..kain batik..he he he..rabak la jugak poket neh..tp xpe..utk kepuasan..mmg puas hati sgt pon..lam peti ais tu penuh ngan coklat jew..sebulan la mkn nasik ngan coklat..gune dinner set yg duri beli kat langkawi..he he he..tgu turn nk pi genting lak ngan budak2 tu..mesti besh kannnnnn

Thursday, November 27, 2008

~CaNTiKnYa SeoRaNG WaNiTa~

Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjadi mangsa tohmahan dunia

Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjdi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar duai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan

Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa
Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara

Monday, November 24, 2008

~PeSaN DaRi SeoRaNG aBaNG~

kate abg:
1. pastikan masa adalah kesempatan utk kita bertindak ke arah kebaikan dan kemuliaan.
2. hari yg yg berlalu adalah sempadan ke arah yg lebih gemilang.
3. jgn sesekali menghukum org di atas dosa dan kesalahan org lain, kerana setiap insan memang ingin disayangi.
4. sejauh mana kita akan memburu keiklasan itu, pastikan ia ttp seimbang.
5. jauhari adalah si pengenal maknikam

Thursday, November 20, 2008

SaHaBaT


Apakah erti sahabat sejati? Apakah yang engkau cari dalam sebuah persahabatan? Aku cari keikhlasan, engkau cari keseronokan. Aku cari persefahaman, engkau cari kebendaan. Aku cari kesetiaan, engkau cari sebuah persengketaan.
Apakah erti sahabat sejati? Apakah yang engkau harapkan dari seorang sahabat? Aku harap engkau bahagia, engkau berikan aku derita. Aku harap pohon yang rendang, engkau beri tanah yang gersang. Aku harap kasih yang mendalam, engkau gali benci dan dendam.
Apakah erti sahabat sejati? Apakah yang engkau impikan dari seorang sahabat? Aku mimpi sebuah syurga tempat kita bermain, engkau bakar dengan api yang panas membara. Aku mimpi bersatu yang tak akan padam, engkau simbah dengan racun yang melemaskan nadi.
Apakah erti sahabat sejati? Apa yang engkau cita-citakan? Aku cita-citakan sebuah perjanjian, engkau tak pernah mengotakannya walau sekali. Aku cita-citakan bunga yang mekar mewangi, engkau cantas hingga terkulai layu. Aku cita-citakan kemesraan seperti dulu, engkau malah menyepi meminggir diri.
Masihkah engkau tidak mengerti erti seorang sahabat sejati? Masihkah terpahat ikrar kita di lubuk hatimu? Masihkah engkau menjadi sahabat sejatiku? Seperti dahulu…